Selasa, 12 Oktober 2010

Politik, Islam dan Sistem Pemerintahan

A. Konsep Politik dalam Islam
Politik adalah ilmu pemerintahan atau ilmu tata negara. Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syariat Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahaan.
Adapun asas-asas dalam politik Islam ialah
1. Hakimiyyah Ilahiyyah
Hakimiyyah atau memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik Islam hanyalah hak mutlak Allah.

Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan. (Al-Qasas: 70)

Hakimiyyah Ilahiyyah membawa pengertian-pengertian berikut:
a. Bahawasanya Allah Pemelihara alam semesta yang pada hakikatnya adalah Tuhan yang menjadi pemelihara manusia, dan tidak ada jalan lain bagi manusia kecuali patuh dan tunduk kepada sifat IlahiyagNya Yang Maha Esa
b. Bahawasanya hak untuk menghakimi dan meng adili tidak dimiliki oleh sesiap kecuali Allah
c. Bahawasanya hanya Allah sahajalah yang memiliki hak mengeluarkan hukum sebab Dialah satu-satuNya Pencipta
d. Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan peraturan-peraturan sebab Dialah satu-satuNya Pemilik
e. Bahawasanya hukum Allah adalah suatu yang benar sebab hanya Dia sahaja yang Mengetahui hakikat segala sesuatu dan di tanganNyalah sahaja penentuan hidayah dan penentuan jalan yang selamat dan lurus

Hakimiyyah Ilahiyyah membawa erti bahawa teras utama kepada sistem politik Islam ialah tauhid kepada Allah di segi Rububiyyah dan Uluhiyyah.

2. Risalah
Risalah bererti bahawa kerasulan beberapa orang lelaki di kalangan manusia sejak Nabi Adam hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah suatu asas yang penting dalam sistem politik Islam. Melalui landasan risalah inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia. Para rasul meyampaikan, mentafsir dan menterjemahkan segala wahyu Allah dengan ucapan dan perbuatan.
Dalam sistem politik Islam, Allah telah memerintahkan agar manusia menerima segala perintah dan larangan Rasulullah s.a.w. Manusia diwajibkan tunduk kepada perintah-oerintah Rasulullah s.a.w dan tidak mengambil selain daripada Rasulullah s.a.w untuk menjadi hakim dalam segala perselisihan yang terjadi di antara mereka. Firman Allah:

Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya. (Al-Hasyr: 7)

Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (An-Nisa’: 65)

3. Khalifah
Khilafah bererti perwakilan. Kedudukan manusia di atas muka bumi ini adlah sebagai wakil Allah. Oleh itu, dengan kekuasaanyang telah diamanahkan ini, maka manusia hendaklah melaksanakan undang-undang Allah dalam batas yang ditetapkan. Di atas landasan ini, maka manusia bukanlah penguasa atau pemilik tetapi hanyalah khalifah atau wakil Allah yang menjadi Pemilik yang sebenar.

Kemudian Kami jadikan kamu pengganti-pengganti (mereka) di muka bumi sesudah mereka, supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat. (Yunus: 14)

Seseorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana ia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah. Ia menuntun agar tugas khalifah dipegang oleh orang-orang yang memenuhi syarat-syarat berikut:
a. Terdiri daripada orang-orang yang benar-benar boleh menerima dan mendukung prinsip-prinsip tanggngjawab yang terangkum dalam pengertian kkhilafah
b. Tidak terdiri daripada orang-orang zalim, fasiq, fajir dan lalai terhadap Allah serta bertindak melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh-Nya
c. Terdiri daripada orang-orang yang berilmu, berakal sihat, memiliki kecerdasan, kearifan serta kemampuan intelek dan fizikal
d. Terdiri daripada orang-orang yang amanah sehingga dapt dipikulkan tanggungjawab kepada mereka dengan yakin dan tanpa keraguan

1. Prinsip Politik dalam Islam
Prinsip-prinsip politik dalam Islam, diantaranya
a. Musyawarah
Asas musyawarah yang paling utama adldah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan oarang-oarang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah. Asas musyawarah yang kedua adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara pelaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan-jalan bagi menetukan perkara-perkara baru yang timbul di dalangan ummah melalui proses ijtihad.
b. Keadilan
Prinsip ini adalah berkaitan dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Dalam pelaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan merangkumi segala jenis perhubungan yang berlaku dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersebgketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak-anaknya.kewajipan berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.
c. Kebebasan
Kebebasan yang diipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berterskan kepada makruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenaradalah tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta menjadi asas-asas utama bagi undang-undang perlembagaan negara Islam.
d. Persamaan
Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapatkan dan menuntut hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat yang ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah kuatkuasa undang-undang.
e. Hak Menghisab Pihak Pemerintah
Hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajipan pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Dalam pengertian yang luas, ini juga bererti bahawa rakyat berhak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusan-keputusan pihak pemerintah.

2. Karakteristik dalam Politik Islam
Menurut Dr. Abdul Azis ‘izzat al-Khayyah, karakter dalam politik Islam adalah
a. Adil dan Persamaan
Islam sangat menegaskan akan persamaan harkat dan martabat manusia. Rasulullah mengajarkan kepada kita bahwa sesama manusia itu adalah sama derajatnya di hadapan Allah SWT. yang menentukan tinggi rendahnya derajat seseorang adalah ketakwaannya kepada Allah SWT..
b. Musyawarah
Musyawarah dilakukan untuk mencapai kemufakatan dari berbagai masalah yang dihadapi. Hal ini penting karena dapat mempererat hubungan kaum muslimin. Rasulullah mencontohkan bahwa pemimpin tidaklah harus bersikap otoriter dan menunjukkan keegoan diri dalam kepemimpinan.
c. Ketaatan terhadap Pemimpin
Dalam hal ini kita telah banyak diajarkan Allah dan Rasul-Nya untuk taat pada pemimpin. Akan tetapi kata taat disini memiliki batasan, artinya ketaatan terhadap pemimpin apabila ia (pemimpin) tidak melanggar syariat Islam.
d. Pengawasan (kontrol sosial) terhadap pemerintah secara produktif
Maksudnya, ketika pemimpin mempunyai kesalahan dalam mengemban masalah rakyat, maka kita sebagai rakyat wajib mengkritik secara konstruktif, dan tidak bermaksud untuk mencela.

3. Etika Berpolitik dalam Islam
Persoalan etika politik adalah sesuatu yang sangat penting dalam Islam, karena berbagai alasan. Pertama, politik itu dipandang sebagai bagian dari ibadah, karena itu harus dilakukan berdasarkan prinsip-prinsip ibadah. Misalnya, dalam berpolitik harus diniatkan dengan lillahi taala. Dalam berpolitik, kita tidak boleh melanggar perintah-perintah dalam beribadah, karena pelanggaraan terhadap prinsip-prinsip ibadah dapat merusak "kesucian" politik.
Kedua, etika politik dipandang sangat perlu dalam Islam, karena politik itu berkenaan dengan prinsip Islam dalam pengelolaan masyarakat. Dalam berpolitik sering menyangkut hubungan antarmanusia, misalnya saling menghormati, saling menghargai hak orang lain, saling menerima dan tidak memaksakan pendapat sendiri. Itulah prinsip-prinsip hubungan antarmanusia yang harus berlaku di dalam dunia politik.
Kecuali itu, keberadaan masyarakat dan negara merupakan hal yang sangat penting dan mutlak dalam Islam. Karena itu, beberapa para ahli fikih politik Islam mengemukakan adalah suatu kewajiban bagi orang Islam untuk mendirikan negara. Dengan adanya negara bisa diciptakan sebuah keteraturan kehidupan masyarakat yang baik, sehingga pada gilirannya umat Islam bisa menyelenggarakan ibadah-ibadahnya dengan baik pula.
Bila hubungan antarmasyarakat dan dan penyelenggaran negara tidak sesuai dengan ajaran-ajaran Islam, maka yang akan muncul adalah kekacauan dan muncul anarki yang sangat dikecam oleh para ulama. Kekacauan dan anarki dalam suatu masyarakat dan negara dapat mengganggu penyelenggaraan ibadah.

B. Konsep Pemerintahan dalam Islam
1. Konsep Pemerintahan Islam
Sistem pemerintahan Islam adalah suau sistem yng unik, berbeda dengan sistem-sistem pemerintahan yang kita kenal selama ini. Berbeda dari segi asas, tolak ukur serta hukum-hukum yang berjalan di dalamnya. Bentuk pemerintahan islam bukanlah republik, kerajaan, ataupun perseketuan. Tegasnya sistem pemerintahan di dalam Islam adalah sistem Khilafah dan ini telah sepakati dari Ijma’ sahabat kesatuan Khilafah, kesatuan Negara serta ketidakbolehan berbai’at selain kepada Khilafah saja pada satu-satu masa.
Pemikiran islam juga sangat khas. Ini wajar karena pemikiran Islam berasal dari wahyu atau berdasarkan pada penjelasan wahyu, sedangkan pemikiran-pemikiran yang lain yang berkembang di antara manusia, baik itu berupa agama-agama non samawi, ideology-ideologi politik dan ekonomi, maupun teori-teori social sekedar muncul dari kejeniusan berfikir manusia yang melahirkannya.

2. Prinsip Pemerintahan Islam
Negara islam ditegaskan di atas empat prinsip penting, yaitu:
a. Prinsip syura berkenaan dengan pemilihan ketua Negara dan orang-oratau musyawarah. Asas musyawarah paling utama adlah berkenaan dengan pemilihan ketua Negara dan orang-orang yang menjabat tugas. Asas musyawarah yang kedua adlah berkenaan dengann penentuan jalan dan cara pelaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di dalam Al-Qur’an dan assunah. Asas musyawarah yang ketiga adalah berkenaan dengan jalan-jalan menentukan perkara-perkara baru yang timbul di kalangan umat melalui proses itjihad.
b. Prinsip keadilan, keadilan disini adalah mutlak yang digariskan oleh Islam yang mengataso segala kepentingan pribadi, keluarga, kelompok dan sebagainya, sekalipun terhadap musuh dan golongan non-muslim.
c. Prinsip kebebasan. Prinsip ini menjadi amalan dalam pemerintahan Islam. Kebebasan diberiknan kepada rakyat yang ada dibawah naungan pemerintahan Islam. Oleh sebab itu, manusia diberi kebebasan untuk memilih. Islam memberikan kebebasan beragama, kebebasan dalam memiliki harta, kebebasan bergerak.
d. Prinsip persamaan. Dalam prinsip ini, Islam tidak pernah membeda-bedakan ummatnya, siapaun itu, rakyat biasa, pejabat. Dalam hal apaun, termasuk ibadah.

3. Karakteristik Pemerintahan Islam
Karakteristik Pemerintahan Islam diantaranya
a. Bersifat Komperhensif. Pemikiran islam mencakup semua aspek kehidupan manusia, seperti politik, social kemasyarakatan, perekonomian, kebudayaan dan akhlak. Islam hadir dengan membawa aturan yang mengatur hubungan manusia dengan tuhannya, dengan sesame manusia dan dengan makhluk lainnya. aturan yang mencakup hubungand dengan Tuhannya ada dalam Aqidah dan ibadah. Sedangkan aturan hubungan manusia dengan dirinya sendiri tercakup dalam hukum-hukum tentang makanan, pakaian dan akhlak. Selebihnya adalah aturan yang mengatur hubungan manusia dengan manusia lainnya, seperti perkara muammalah ekonomi dan social, sanksi-sanksi hukum pabi para pelanggar hukum, politik kettatanegaraan dan lain-lain.
b. Bersifat Luas. Keluasan agama ilam memungkinkan para ulama untuk menggali hal-hal baru, yang sesuai dengan apa yang terjadi di masyarakat saat itu. Misalnya sekarang, apakah internet itu halal? Apakah facebook itu diperbolehkan?
c. Bersifat praktis. Hukum-hukum Islam hadir untuk diterapkan dan dilaksanakan ditengah-tengah kehidupan. Manusia tidak akan dibebani melebihi yang dia sanggupi. “Allah tidak membebani seseorang kecuali dengan kesanggupannya.” (Q.S. Al-Baqarah [2]: 286)
d. Bersifat manusiawi.

C. Pemahaman Umat Islam Tentang Sistem dan kondisi Pemerintahan di Indonesia
Umat islam di dunia memandang Islam sebagai sebuah Negara yang unik. Mayoritas penduduk berpenduduk Muslim, dan hidup dengan berbagai keislamannya. Namun karena bukan sebuah negara Islam, Indonesia punya landasan ideologinya sendiri, yaitu Pancasila. Dulu, saat kemerdekaan diganggu keutuhannya, para pemuda yang berbeda ras, latar belakang bahkan agama, semua bersama, karena saat itu lebih mengutamakan persatuan dan kesatuan negara.
Pemerintahan Indonesia mengalami maju-mundur, pada masa orde baru, Islam dianggap sebagai kekuatan yang membahayakan stabilitas dan keamanan negara, karena saat itu, rezim Soeharto lebih menekankan pada pelaksanaan atau mengimplementasikan Pancasila dan UUD 1945 dengan baik dan benar. Tidak memandang agama, ras ataupun yang lainnnya.
Pemahaman umat Islam tentang sistem dan pemerintahan, zaman sekarang sudah mulai terbuka, daripada pada rezim Soeharto. Contoh nyata, sekarang partai islam semakin banyak dan banyak yang terjun langsung ke pemerintahan.
Adanya pengaruh reformasi juga menjadi salah satu pembuka pemikiran umat Islam untuk mulai memahami dan membuat keputusan bagaimana merubah Islam menjadi lebih baik dan lebih maju.

D. Membangun Citra Politik Umat (Pendidikan Politik Bagi Umat Islam di Indonesia)
Citra politik islam sekarang sangat buruk. Pertama, karena Islam diidentikan sebagai agama yang menganut kekerasan, terorisme dan lain sebagainya. Kedua, ditambah dengan para pelaku politik di Indonesia yang tidak mengindahkan nilai-nilai agama, etika moral dan kemanusian.
Ditambah oleh sistem pendidikan yang berkiblat ke barat, dimana dalam sistem pendidikan ini memisahkan antara agama dengan politik, padahal dalam Islam politik merupakan bagiannya, karena Islam adalah agama yang sangat kompleks, mulai dari mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sampai makanan pun ada aturannya.
Dewasa ini istilah ‘melek politik’ yang berkembang di daerah masyarakat baru diartikan dengan ‘ketidaksudian’ rakyat yang dijadikan sebatas sarana untuk kepentingan gemerlapnya kelompok dan golongan minoritas saja. Belum dalam pengertian kesadaran umat akan makna dan kepentingan politik yang sesungguhnya. Dalam kapasitas umat sebagai kaum kaum muslimin, tampaknya kesadaran ini belum lagi tumbuh. Kaum muslimin di Indonesia masih merasa asing bila dikatakan bahwa Islam memiliki konsep politik yang dibangun diatas Aqidah Islamiyah yang berbeda dengan konsep dari ideologi manapun. Bahwa Islam pun telah menetapkan peran dan tanggungjawab berpolitik pada kaum muslimin, itu pun belum mereka ketahui. Bahkan Islam mewajibkan berdirinya partai politik yang berjuang untuk Islam, dengan tugasmenyebarkan dakwah Islam kepada orang-orang kafir di seluruh dunia, termasuk kepada penguasa, itu masih asing dalam benak mereka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar